Halaman

aku adalah seorang pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia..
Di sini adalah untuk cacatan suka duka semasa aku berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia dan selepas persaraan....semuga menjadi tatapan anak cucu di kemudian hari.
Kepada yang berminat menjadi anggota tentera jadikanlah paparan ini sebagai tauladan dan sempadan...Dengan semangat seorang perwira aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Rabu, 14 Disember 2011

Blog yang hampir tertimbus...

Assalamualaikum....

Hampir 2 tahun aku tidak mengupdates blog ini sebenarnya yang selalu bantu aku mengupdates blog ini adalah isteriku tersayang....
Aku ni otak metematik dan tak pandai sangat menyusun ayat-ayat bahasa ini...kira isteri aku PA aku ni...dan Blog dan FB aku pun semuanya isteri aku yang buatkan kerana dia lebih tahu tentang IT ni dari aku ni...

Sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan di sini...sampai tak tahu nak mula yang mana satu dan aku kena tunggu kelapangan isteri tersayang untuk menyusun ayat....
Punca blog ini sudah lama tidak di upadates adalah kerana isteriku telah kehilangan passwordnya di tambah lagi bila aku lapang isteri aku pula yang sibuk...bila isteriku lapang aku pula yang sibuk....
Ini lah akibatnya terlalu bergantung dengan PA ni ...bukan aku tak pandai langsung ...dah biasa manja kut...
sementara ada insan tersayang hendak membantu apa salahnya...


AKU LETAK GAMBAR (OLDNAVY) ZAMAN DULU-DULU KAT SINI...(ambil dari en google)

ok sampai sini ada masa aku updates cerita-cerita yang terlepas yea....insyaallah

Khamis, 10 Disember 2009

1.1 JUTA PENGUNJUNG MEMBANJIRI PANGKALAN TLDM PDF Print E-mail
Written by Webmaster
Monday, 27 April 2009

 27 Apr, Lumut - 1.1 juta orang, jumlah rasmi pengunjung Hari Terbuka Armada 09 (HTA 09) dan Karnival Jom Heboh yang telah diadakan di Pangkalan TLDM Lumut Perak pada 25 April (Sabtu) dan 26 April (Ahad).
HTA 09 telah dirasmikan oleh Kepten Yang DiPertua TLDM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada pagi 25 April 09. HTA 09 diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali TLDM dan peranannya dengan lebih dekat lagi. Pelbagai pertunjukan, sukan dan pameran berunsur maritim yang dikendalikan oleh warga TLDM seperti demonstrasi rampasan kapal, pertunjukan payung terjun, pertunjukan bot laju, pameran kerjaya TLDM dan sukan air seperti renang selat, pukul bantal ‘gladiator’ dan panjat tiang licin.


HTA 09 yang diadakan khas Sambutan Jubli Intan TLDM juga memberi peluang kepada semua pengunjung termasuk pelancong asing untuk mengadakan lawatan secara eksklusif ke atas aset-aset TLDM seperti kapal-kapal perang armada TLDM dan helikopter TLDM iaitu Super Lynx dan Fennec.

Sebagai menyokong usaha kerajaan pusat menggalakkan penggunaan produk-produk tempatan, HTA 09 turut melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna bagi memperagakan produk-produk mereka. Ini secara lansung memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk baru mereka kepada pasaran tempatan, justeru menyumbang secara langsung terhadap usaha menangani isu ekonomi dunia di masa kini.


jomheboh.jpgKarnival Jom Heboh yang turut diadakan bersebelahan dengan HTA 09 turut menarik minat ramai pengunjung dari segenap lapisan usia. Pelbagai pameran serta jualan barangan pada harga yang berpatutan diadakan. Paling menarik perhatian ialah khemah pameran program-program utama TV seperti Majalah 3, Sembang-Sembang, Al-Kuliyah dan pelbagai lagi. Para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan personaliti-personaliti kegemaran disamping melihat sendiri bagaimana sesuatu pengambaran program TV dilaksanakan.


Bagi menghiburkan para pengunjung, Media Prima telah mengadakan Konsert Ulang Tahun TV9 yang ketiga pada malam 25 Apr (Sabtu) manakala konsert Karnival Jom Heboh turut diadakan pada malam 26 Apr (Ahad). Barisan artis terkenal yang telah menghiburkan pengunjung pada kedua-dua konsert adalah Dato’ Siti Norhaliza, Misha Omar, Saidah, Saerah, Meet Uncle Hussein, Jinbara, Fabulous Cats, Ramli Sarip, Jacklyn Victor, Hujan, Eyana dan Shamsul Ghau-ghau.
Last Updated ( Monday, 04 May 2009 )

IMBAS KEMBALI SEPANJANG PERKHIDMATAN





*Mulai April 1986-0kt 1986

Mula memasuki sebagai anggota amgkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia sebagai rekrut.

*MULAI JANUARI 1987 SEHINGA JANUARI 1989

Mula berkrusus di KD PELANDOK.

*JANUARI 1989 SEHINGGA SEPTEMBER 1989

Menjalani OJT PSCND DI NAVAL DOCKYARD

* SEPTEMBER 1989 SEHINGGA JUNE 1990

OJT di Kapal KD MUTIARA...

* JULAI 1990 SEHINGGA JANUARI 1991

Berkrusus di KD PELANDUK krusus LK (LRCT)

*JANUARI 1991 SEHINGGA SEPTEMBER 1991

OJT di KAPAL KD LEKIR (krusus lanjutan).


*SEPTEMBER 1991 SEHINGGA JANUARI 1992
krusus LASKAR KANAN lanjutan..

*JAN 1992 SEHINGGA OKTOBER 1994
Berkhidmat sebagai Penyelia Teknikal (LOW POWER) di kapal KD KASTURI..
* OKTOBER 1994 SEHINGGA JANUARI 1998..
Berkhidmat sebagai Jurulatih Persenjataan di Falkulti Peperangan Paras Permukaan (PPP) di KD PELANDUK.

*JANUARI 1998 - FEBUARI 2001
Berkhidmat di KD PERKASA sebagai Penyelia Kejuruteraan Elektrik dan Senjata.

*FEBUARI 2001 SEHINGGA OKTOBER 2003
Berkhidmat di Depot Senggaraan Armada (DSA) sebagai Penyelia Pembaikan Luar (NOOR SECTION).

*OKTOBER 2003 SEHINGGA JULAI 2007
Berkhidmat di Markas Tentera Laut di cawangan sumber manusia (SM-KHID-LLP) sebagai Penyelia Pertukaran Teknikal (DCTEK).


*JULAI 2007
Menjalani latihan peralihan di UNIKL BMI untuk krusus chargeman..


* APRIL 2008
Akhirnya tamat perkhidmatan sebagai anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia...segala suka dan duka sepanjang perkhidmatan aku jadi kan sebagai panduan dan pengajaran untuk kehidupan mendatang..dan berbangga bersara sebagai pesara anggota tentera laut di raja malaysia..

Rabu, 18 November 2009

PENDAFTARAN MENJADI AHLI PBTLM



>CAWANGAN PERAK
Cawangan Perak PERSATUAN BEKAS TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA telah mendapat kebenaran penubuhan pada 29Ogos,2008.
Rujukan PPM : PPM/PRK.206/05-1
Nama Cawangan : Negeri Perak
Alamat Cawangan : No. 7 (Tingkat Atas) Blok A, Jalan SM 1C/11, Fasa 1C-3, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.


PROSEDUR PENTADBIRAN PENDAFTARAN MENJADI AHLI



1. Prosedur yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:



a. Semua borang permohonan menjadi ahli bagi bekas anggota TLDM dan lain-lain yang layak mengikut perlembagaan, hendaklah diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan setelah dicadang dan disokong oleh ahli atau ahli jawatankuasa.



b. Setiap permohonan hendaklah disertakan:



(1) Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92) atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan perkhidmatan beliau dalam TLDM sekurang-kurangnya selama 12 bulan berterusan.



(2) 3 keping gambar ukuran Kad Pengenalan



(3) Salinan Kad Pengenalan



(4) Bayaran yuran dan pendaftaran RM 52.00



c. Kad ahli akan dikeluarkan oleh pihak pusat. Untuk tujuan tersebut

tuan dikehendaki memajukan dokumen-dokumen seperti berikut:



(1) 1 salinan potostat borang permohonan yang telah diluluskan.



(2) 2 keping gambar ukuran Kad Pengenalan



(3) Bayaran kad ahli sebanyak RM10.00 (Semua bayaran yang terkumpul hendaklah dibuat melalui kiriman wang pos atas nama Persatuan Bekas TLDM)



Peringatan:



Cawangan-cawangan yang belum diluluskan pendaftaran

pertubuhannya tidak dibolehkan membuka akaun bank persatuan dan

dilarang oleh akta pertubuhan untuk memungut dan menyimpan

wang orang ramai. Oleh itu adalah dicadangkan supaya pungutan

yuran dibuat menggunakan nama “Persatuan Bekas TLDM” pusat dan

wang bayaran yuran tersebut hendaklah dimasukkan ke akaun

Persatuan Bekas TLDM (Bank: Maybank. No. Akaun: 558293402926)

buat sementara sehingga akaun cawangan dibuka.. (JIKA CAWANGAN TELAH DI BUKA SILA BERURUSAN DIBAHAGIA CAWANGAN ANDA) Slip bayaran

hendaklah disimpan sebagai bukti.



2. Cawanagan-cawangan hendaklah menyediakan buku-buku rekod keahlian,

harta alih dan tak alih serta resit resmi penerimaan yuran yang kemaskini.



3. Adalah dimaklumkan juga bahawa cawangan-cawangan hanya boleh didaftarkan setelah mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang ahli (Rujuk Perlembagaan Fasal 16). Oleh itu pihak tuan dikehendaki mencari keahlian tersebut dengan kadar segera. Mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Oktober ini, untuk membolehkan cawangan menghantar perwakilan ke Persidangan Perwakilan Tahunan peringkat pusat yang dijangka pada penghujung bulan November tahun ini.



4. Semua Ahli Jawatankuasa yang dipilih hendaklah menjalankan tugas masing-masing mengikut peruntukan Perlembagaan Fasal 19, supaya pentadbiran dan tanggumngjawab dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan.

Selasa, 27 Oktober 2009

TITAH SULTAN PERAK

LUMUT, 15 Ogos (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah Sabtu malam bertitah bahawa persaraan pramasa di kalangan penjawat awam merupakan antara sebab berlakunya kehilangan pegawai berpengalaman dalam modal insan bagi perkhidmatan awam di negara ini.

Baginda bertitah walaupun usia perkhidmatan awam di negara ini telah dilanjutkan kepada 58 tahun sejak Julai 2008, namun ia masih dalam usia yang awal untuk perkhidmatan awam kehilangan sumber tenaga manusia berpengalaman terutama dalam perkhidmatan yang memerlukan input intelek yang tinggi seperti di pusat-pusat pengajian, dalam perkhidmatan kesihatan, perubatan, kejuruteraan, seni bina dan sains.

"Usia persaraan perkhidmatan kehakiman adalah 66 tahun, tetapi usia persaraan dalam perkhidmatan undang-undang adalah juga pada usia 58 tahun. Ini mengakibatkan Jabatan Peguam Negara kehilangan para pendakwa dan pegawai perundangan yang berpengalaman.

"Sesungguhnya kehilangan mereka pada usia yang mereka masih produktif adalah satu kerugian besar kepada perkhidmatan. Pengalaman yang terkumpul, yang membentuk kematangan minda, amat diperlukan dalam perkhidmatan-perkhidmatan profesional sedemikian," titah baginda pada perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-22 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia di Wisma Samudera, Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di sini.

Baginda bertitah setiap pesara membawa bersamanya khazanah pengalaman kerja yang bernilai dan amatlah wajar untuk pengalaman sedemikian dijadikan makluman umum dengan dirakamkan dalam bentuk penulisan dan dibukukan.



"Persatuan Pesara mungkin boleh merintis kerjasama dengan Arkib Negara atau Institusi Latihan seperti INTAN untuk mendokumentasikan pengalaman-pengalaman berharga itu atau mewujudkan satu halaman web yang boleh dikunjungi oleh generasi sekarang," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah adalah penting untuk memastikan bahawa minda seseorang insan itu terus digerakkan aktif walaupun telah mencapai usia persaraan dan usia tua.

Titah baginda, minda yang aktif akan membantu membentuk jiwa yang sihat serta segar dan turut membantu menghindarkan manusia dari bersifat nyanyuk atau rasa tertekan kerana merasakan diri mereka sudah tidak berguna lagi.

"Untuk itu, walaupun telah mencapai usia persaraan, para pesara hendaklah terus menghadiri majlis-majlis ilmu, diskusi dan perbincangan, membaca, mengikuti berita dan perkembangan semasa.

"Malah di negara maju, adalah satu norma bagi orang-orang yang bersara kembali mengikuti kursus di kolej dan universiti, bukan untuk mengambil peperiksaan tetapi sekadar mengikuti kuliah atau dalam istilah akademik dirujukkan sebagai pelajar yang melakukan audit pengajian," titah baginda.

Baginda bertitah penemuan-penemuan baru dan kemajuan yang dicapai dalam teknologi pemakanan, kesihatan dan perubatan telah banyak membantu memanjangkan jangka hayat manusia dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan purata jangka hayat lelaki di negara ini ialah 71.7 tahun dan wanita 76.5 tahun .

"Dengan itu pesara pada hari ini perlu dilihat dari perspektif yang berbeza. Mereka bukan golongan yang sudah tidak bertenaga untuk direhatkan sahaja bagi menghabiskan usia tua.

Mereka masih dalam usia produktif dan berupaya memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara," titah baginda.

-- BERNAMA