Halaman

aku adalah seorang pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia..
Di sini adalah untuk cacatan suka duka semasa aku berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia dan selepas persaraan....semuga menjadi tatapan anak cucu di kemudian hari.
Kepada yang berminat menjadi anggota tentera jadikanlah paparan ini sebagai tauladan dan sempadan...Dengan semangat seorang perwira aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Khamis, 10 Disember 2009

1.1 JUTA PENGUNJUNG MEMBANJIRI PANGKALAN TLDM PDF Print E-mail
Written by Webmaster
Monday, 27 April 2009

 27 Apr, Lumut - 1.1 juta orang, jumlah rasmi pengunjung Hari Terbuka Armada 09 (HTA 09) dan Karnival Jom Heboh yang telah diadakan di Pangkalan TLDM Lumut Perak pada 25 April (Sabtu) dan 26 April (Ahad).
HTA 09 telah dirasmikan oleh Kepten Yang DiPertua TLDM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada pagi 25 April 09. HTA 09 diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali TLDM dan peranannya dengan lebih dekat lagi. Pelbagai pertunjukan, sukan dan pameran berunsur maritim yang dikendalikan oleh warga TLDM seperti demonstrasi rampasan kapal, pertunjukan payung terjun, pertunjukan bot laju, pameran kerjaya TLDM dan sukan air seperti renang selat, pukul bantal ‘gladiator’ dan panjat tiang licin.


HTA 09 yang diadakan khas Sambutan Jubli Intan TLDM juga memberi peluang kepada semua pengunjung termasuk pelancong asing untuk mengadakan lawatan secara eksklusif ke atas aset-aset TLDM seperti kapal-kapal perang armada TLDM dan helikopter TLDM iaitu Super Lynx dan Fennec.

Sebagai menyokong usaha kerajaan pusat menggalakkan penggunaan produk-produk tempatan, HTA 09 turut melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna bagi memperagakan produk-produk mereka. Ini secara lansung memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk baru mereka kepada pasaran tempatan, justeru menyumbang secara langsung terhadap usaha menangani isu ekonomi dunia di masa kini.


jomheboh.jpgKarnival Jom Heboh yang turut diadakan bersebelahan dengan HTA 09 turut menarik minat ramai pengunjung dari segenap lapisan usia. Pelbagai pameran serta jualan barangan pada harga yang berpatutan diadakan. Paling menarik perhatian ialah khemah pameran program-program utama TV seperti Majalah 3, Sembang-Sembang, Al-Kuliyah dan pelbagai lagi. Para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan personaliti-personaliti kegemaran disamping melihat sendiri bagaimana sesuatu pengambaran program TV dilaksanakan.


Bagi menghiburkan para pengunjung, Media Prima telah mengadakan Konsert Ulang Tahun TV9 yang ketiga pada malam 25 Apr (Sabtu) manakala konsert Karnival Jom Heboh turut diadakan pada malam 26 Apr (Ahad). Barisan artis terkenal yang telah menghiburkan pengunjung pada kedua-dua konsert adalah Dato’ Siti Norhaliza, Misha Omar, Saidah, Saerah, Meet Uncle Hussein, Jinbara, Fabulous Cats, Ramli Sarip, Jacklyn Victor, Hujan, Eyana dan Shamsul Ghau-ghau.
Last Updated ( Monday, 04 May 2009 )

Tiada ulasan: